Saturday, December 31, 2005

Aqiqah

BOLEH MENGHANCURKAN TULANGNYA [DAGING SEMBELIHAN AQIQAH] SEBAGAIMANA SEMEBLIHAN LAINNYA

Inilah kesepekatan para ulama, yakni boleh menghancurkan tulangnya, seperti ditegaskan Imam Malik dalam "Al-Muwaththa" (2/502), karena tidak adanya dalil yang melarang maupun yang menunjukkan makruhnya. Sedang menghancurkan tulang sembelihan sudah menjadi kebiasan disamping ada kebaikannya juga, yaitu bisa diambil manfaat dari sumsum tersebut untuk dimakan.

Adapun pendapat yang menyelisihinya berdalil dengan hadist yang dhaif, diantaranya adalah :

[1] Bahwasannya Rasulullah bersabda : "Janganlah kalian menghancurkan tulang sembelihannya." [Hadist Dhaif, karena mursal terputus sanadnya, Hadits Riwayat Baihaqi (9/304)] [2] Dari Aisyah dia berkata :"....termasuk sunnah aqiqah yaitu tidak menghancurkan tulangsembelihannya...." [Hadist Dhaif, mungkar dan mudraj, Hadits Riwayat. Hakim (4/283]

Kedua hadist diatas tidak boleh dijadikan dalil karena keduanya tidak shahih. [lihat kitab "Al-Muhalla" oleh Ibnu Hazm (7/528-529)].

Adab Meminang

DARIPADA Ibnu Umar, katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda bermaksud: "Jangan kamu beli barang yang sedang ditawar oleh saudaramu; jangan kamu pinang wanita yang sedang dipinang saudaramu, melainkan apabila telah diizinkannya." (Hadis riwayat Muslim)

Khitbah dalam bahasa Arab bererti bertunang. Ia mukadimah atau permulaan kepada az-zawaj (bahasa Arab) kepada nikah atau kahwin.Allah menjadikan khitbah antara syariat/perundangan dalam Islam. Hikmahnya untuk memberi peluang berkenalan dengan pasangan masing-masing sebelum bernikah atau berkahwin.Hukum khitbah adalah harus, tetapi mengikut Imam Syafie (rujuk buku Mughni Almuhtaj) hukumnya adalah "al-istihbab (sunat). Dr Abd. Karim Zaidan (buku Almufassal fi Ahkam Al Mar'ah) mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat iaitu lebih aula utama daripada hukum harus tadi.Khitbah adalah dilarang bagi seseorang wanita yang telah dipinang orang lain. Begitu juga dilarang membeli barang yang dalam urusan jual beli orang lain. Hal ini untuk menjaga kehormatan dan mengelak daripada berlaku perebutan dan pergaduhan selain daripada menjaga keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Monday, December 26, 2005

Prasangka

Manusia Hari Ini Suka Berprasangka

ada sangkaan baik
ada sangkaan buruk

orang beribadah disangka riak
orang relaks disangka malas
orang berbaju baru disangka menunjuk
orang berbaju buruk disangka zuhud
orang makan banyak disangka pelahap
orang makan sedikit disangka diet
orang senyum disangka mengejek
orang masam disangka merajuk
orang bermuzakarah disangka mengumpat
orang diam disangka menyendiri
orang menawan disangka memakai susuk
orang tampak ceria disangka ada membela...

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH
mana tahu yang senyum itu kerana sedekah
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya

jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api..
satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
semuanya bergantung kepada bagaimanakita mantafsirkannya

Thursday, December 15, 2005

Jendela Hikmah

Usah buat tuduhan melulu terhadap mangsa musibah

Oleh Dr Suriyakhatun Osman

HIDUP manusia pasti akan mengalami masa suka dan duka. Ini adalahsunatullah. Pernahkah terfikir kenapa setiap yang hidup akan melaluiliku duka, di samping saat-saat suka? Apakah hikmah di sebalik sukadan duka. Kalau ini sunnatullah, tentu ada sebab setiap perkara ituberlaku

Setiap kali musibah besar berlaku, ada yang rugi dan dirundungmalang.

Kadang-kadang skala musibah itu tidak difikirkan dengan minda. Adayang tidak dapat menerimanya walaupun berlaku di depan mata.

Memang ada kalanya bencana berlaku kepada orang yang jahat dan tidakingatkan Allah, sebab manusia terlalu biadap hingga patut sajadimusnahkan? Namun bukan semua musibah akibat perangai manusia yangmelampau batas. Ada juga musibah ditimpakan untuk menguji danmenduga keimanan dan ketabahan. Kadang kala kita belum tahukehebatan seorang sehingga krisis melanda. Pada saat itu, barulahkita tahu hati budi orang yang dilanda krisis dan orang disekelilingnya.

Sering kali kita terlalu mudah memperkatakan dan menghukumseseorang, sedangkan tidak berada dalam keadaan seperti itu. Maka,saya sendiri tidak tergamak hendak melakukan demikian iaitu menuduhorang yang ditimpa malang sebagai mencetuskan keadaan malang itusendiri. Namun lihat pada firman Allah yang bermaksud: "Dan apa sajamusibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatantanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (daripadakesalahanmu)." (Surah Asy Syuura, ayat 30)

Ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa setiap musibah yang menimpaadalah akibat perbuatan kita sendiri dengan tidak ada kecualinya.Ayat ini juga diikuti dengan peringatan keampunan Allah terhadapsebahagian besar kesalahan kita.

Bagaimana harus kita mengambil ayat ini, lebih-lebih lagi apabilamalapetaka yang berlaku dalam skala gempa bumi dan tsunami sertaribut taufan dan banjir besar? Apatah lagi yang ditimpa bala adalahumat Islam yang kita rasakan umat yang patuh taat kepada Allah?Adakah tsunami dan gempa bumi itu, semuanya adalah akibat perbuatandiri ini?

Contohnya, seorang kanak-kanak lelaki umur lapan tahun mati kenakejutan elektrik setelah mencelup tangannya ke dalam air pancut.Adakah anak itu membuat dosa besar, sedangkan anak itu belum baligh?

Faktanya begini.

Anak itu mencelup tangannya ke dalam air. Ini perbuatannya sendiri.Salahkah perbuatannya itu? Pada hakikatnya tidak salah.

Air pancut itu mempunyai kebocoran kuasa elektriknya ke dalam airdalam kolam. Salah siapa? Kemungkinan besar salah pihak majlis yangtidak membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan keselamatan airpancut berkenaan.

Tiada yang tahu cara untuk menyelamatkan anak itu dengan tidakmembahayakan diri sendiri. Salah siapa? Salah orang sekeliling sebabtidak tahu dan tidak mempelajari langkah keselamatan.

Melihat fakta di atas, maka fahamlah kita apa yang dimaksudkandengan musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatantanganmu sendiri.

Kamu yang dimaksudkan bukan seorang manusia tetapi sekumpulanmanusia yang masing-masing perlu mainkan peranannya untuk memastikankeselamatan. Begitu juga memahami langkah yang patut diambil padasetiap krisis yang melanda.

Kita boleh yakin bahawa walaupun malang yang menimpa adalah akibatkeputusan yang kita buat, ini tidak bererti kita mungkin tidakberdosa dengan keputusan itu walaupun ia menyebabkan musibah menimpadiri.

Justeru, sikap yang diambil oleh orang yang terkena musibah adalahseperti yang disebutkan dalam firman Allah bermaksud: "Dan sungguhakan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlahberita gembira kepada orang yang sabar, (iaitu) orang yang apabiladitimpa musibah, mereka mengucapkan:"Innaa lillahi wa innaa ilaihiraaji'uun."(Surah al-Baqarah, ayat 155 dan 156)

Ramai juga yang sebelum diduga menjangka mereka manusia yang hebatdan gembira dan merasakan diri mereka disayangi Allah. Tetapi,apabila ditimpa musibah, amat kecewa dan sedih.

Malah, ada yang memarahi Tuhan dengan mengatakan: "Inikah balasan-MuYa Allah dengan kesetiaan dan ketaatanku terhadap-Mu?"

Allah berfirman mengenai perkara ini bermaksud: "Dan apabila Kamirasakan suatu rahmat pada manusia, nescaya mereka gembira denganrahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa suatu musibah (bahaya)disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan merekasendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa." (Surah ar-Ruum, ayat 36)

Ayat itu menegaskan ayat yang disebut awal tadi serta menyatakansikap orang beriman yang tetap akan beruntung walaupun dirundingmalang.

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali denganizin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Diaakan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahuisegala sesuatu." (Surah at-Taghaabun, ayat 11)

Firman Allah kepada mereka yang ditimpa malang,maksudnya: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamubersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang yang beriman." (Surah Ali Imran, ayat 139)

Ayat di atas ini diturunkan selepas peperangan Uhud. Umat Islamditimpa kekalahan dan ramai yang syahid.

Berikutan itu, Allah menasihatkan umat Islam yang ditimpa malangsupaya jangan lemah semangat dan bersedih hati, sedangkan merekasebagai orang yang beriman tinggi darjat jika benar-benar beriman.

Ayat ini menunjukkan kecekalan dan keanjalan yang patut ada kepadaorang yang benar-benar beriman dan menyerah diri bulat-bulat kepadaAllah.

Penulis adalah seorang doktor perubatan

Thursday, December 08, 2005

Cukupkah sekedar mohon maaf ???

Memberi kemaafan dan memohon maaf adalah satu amalan mulia dalam syari'at Islam.

“Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun” (Al-Hajj:60) Begitulah luasnya rahmat Allah kepada hamba-hambaNya selama mana mereka memohon kemaafan kepadaNya dan selama mana tidak syirik kepadaNya.

Memberi Kemaafan
Taqwa adalah nilaian Allah kepada hamba-hambaNya. Yang paling mulia adalah yang paling bertaqwa di antara mereka. Bagaimana cara beroleh taqwa? Jika kita merenung di dalam al-Quran, Allah menyatakan bahawa ada 2 sifat yang membawa kita ke arah taqwa. Seorang itu semakin dekat (bukan semestinya ya) membina taqwa dalam dirinya apabila memiliki sifat adil dan pemaaf.
“….dan pemaafan kamu itu lebih dekat dengan taqwa.” (Al-Baqarah:237)
“ Jadilah engkau pemaaf ….. “ (Al-‘Araf : 199)

Dalam erti kata lain, jika seseorang individu itu belum boleh memaafkan seseorang maka seseorang individu itu usahlah mendakwa dirinya sudah bertaqwa. Mudah memberi maaf bukan bermakna diri seseorang itu tiada langsung perasaan marah di hatinya. Marah itu ada, tapi ia ditahan dan dikekang kerana marah itu bukan kerana Allah azzawajalla. Maka amalan mulia ini seharusnya menjadi pakaian orang-orang yang beriman. Sifat mulia ini jugalah yang sentiasa hadir dalam diri Baginda SAW sepanjang Baginda berdakwah.

“…. Dan orang-orang yang menahan api kemarahannya dan memaafkan orang .” (ali-‘Imran:134)

Sabda Baginda SAW
Sesiapa yang dapat menahan api kemarahannya sedang ia mampu untuk menghambur kemarahannya itu, maka Allah akan memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman damai (HR Abu Daud dan Ibnu Abid Dunya)

Sabda Baginda SAW
”Bolehkah aku memberitahu kamu apa yang dapat meninggikan bangunan dan mengangkat darjat?” Para sahabat berkata “Ya wahai Rasulullah.” Baginda bersabda “ Berlemah-lembut terhadap orang yang berlaku bodoh terhadap kamu, berilah kemaafan terhadap orang yang menganiyamu berilah kepada orang yang bakhil terhadapmu dan bersilaturrahim terhadap orang yang memutuskan darimu.” (HR at-Tabrani)

Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Muhammad SAW, Baginda sendiri mencontohkan apa yang Baginda ucapkan. Semua di antara kita mengetahui sejarah pembukaan Kota Mekkah oleh Baginda SAW dalam bulan Ramadhan. Semua di antara kita jelas bagaimana kaum Quraisy memerangi Baginda SAW, bagaimana Baginda dan sahabat-sahabat dizalimi dalam usaha Baginda untuk menyebarkan Islam di negeri Baginda sendiri. Kejayaan Baginda membuka semula Kota Mekkah merupakan satu kejayaan yang cukup hebat, tapi apa yang Baginda lakukan adalah juga hebat dengan mempamerkan satu akhlak yang sangat mulia.Baginda tidak marah malah memaafkan kaum musyrikin Mekkah yang selama ini memerangi beliau. “ Pergilah kamu semua! Kamu semua bebas hari ini.” Satu akhlak yang benar-benar mulia. Beroleh kuasa tanpa menzalimi kembali orang yang pernah menzalimi Baginda, suatu yang tampak sukar tapi telah dibuktikan oleh sejarah.

Memohon Kemaafan
Rintihan hati orang yang memohon maaf ini digambarkan oleh Allah di dalam firmanNya;
“….(Ya Allah) maafkanlah kami, ampunilah dosa kami dan rahmatilah diri kami. Engkaulah penolong kami….” (Al-Baqarah:286)

Persoalannya, adakah kita mahu memohon keampunan dari Allah Taala seperti itu? Orang yang sombong dengan Allah payah untuk memohon kemaafanNya. Yang tahu dan mahu memohon kemaafan dan keampunanNya adalah mereka yang benar-benar ada jiwa kehambaan.

Itu kita memohon kemaafan dengan Allah Taala, bagaimanapula kita memohon kemaafan sesama manusia? Sudahkah kita usahakan?

Kalau kita lihat syarat taubat terhadap dosa yang berlaku sesama manusia, maka salah satu darinya hendaklah kita memohon maaf kepada orang yang kita bersalah. Usahalah untuk mendapat keredhaan dan kemaafan bukan hanya ketika menanti detik ‘Idulfitri. Bukankah mati boleh tiba bila-bila masa sahaja? Bukankah mati paling hampir dengan kita? Maka janganlah kita menangguh2 memohon kemaafan sesama manusia. Jika diri kita dizalimi atau disakiti oleh individu, sama-samalah kita memberi kemaaf kepada sipelaku tersebut. Bukankah amalan ini yang digalakkkan dilakukan sebelum kita melelapkan mata setiap malam. Tiada ruginya kita memaafkan seseorang, perasaan hasad(dengki) hanya akan mengundang rasa tidak tenteram dalam jiwa kita (cuba fikir-fikirkan)

Kesungguhan Kita
Bersungguhkah kita dalam memohon dan memberi kemaafan. Perhatikan hakikat sebenar seorang individu di dalam keadaan terdesak ataupun ia tidak benar-benar ikhlas dalam memohon kemaafan atau dalam memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya. Kadang-kadang terfikir juga yang selama ini kita berpuas hati dengan sekadar ucapan “Maaf zahir batin ya.” Begitu juga dengan ucapan “kosong-kosong ya.” Apakah ia diucapkan dengan penuh keihklasan jika ya Alhamdulillah, atau sekadar ucapan retorik atau luahan di mulut sahaja?

Ucapan kemaafan dimulut dengan keredhaan di hati itu sesuatu yang amat berbeza. Boleh mengucapkan kemaafan kepada seseorang tidak bermakna hati benar-benar dapat memaafkan, redha dan melupakan kesalahannya. Boleh “forgive” tidak semestinya boleh “forget”. Oleh yang demikian setiap ucapan kemaafan biarlah ia datang dari hati yang ikhlas dan bersih, bukan sekadar sebagai perencah kehidupan dalam melayari kehidupan ini. InsyaAllah dengan hati yang ikhlas dalam memberi kemaafan dan memohon kemaafan hati kita akan menjadi tenang.

Jelaslah amalan memberi kemaafan dan memohon kemaafan mestilah datang dari hati yang ikhlas kerana Allah Taala. Janganlah ia sekadar Lain di mulut lain di hati. Apakah kita tidak berasa takut seseorang memaafkan kita kerana semata-mata hendak mengambil hati kita, padahal jauh dilubuk hatinya masih tersimpan perasaaan tidak redha? Masihka belum dapat melupakan kesalahan kita terhadapnya. Hakikatnya dia belum memaafkan kita.

Sama-samalah kita menanam niat di dalam hati agar setiap kemaafan yang kita laksanakan datang dari hati yg tulus ikhlas kerana Allah. Siapalah kita manusia, sedangkan Allah Maha Pengampun inikan kita yang tidak punya apa-apa di alam yang fana ini, sama-samalah kita berusaha menjadi insan yang setiap hari memaafkan orang yang menzalimi atau berbuat silap terhadap kita.

Adaptasi dari nukilan Amal Islami, Anis November 2003
Wallahu ‘alam
Custom Search