Sunday, January 22, 2006

Hikmah Solat: Lazimkan beristikharah

Umat Islam digalakkan berfikiran terbuka dan pada masa sama digalakkan juga beristikharah.

Istikharah berasal daripada kata istakhara-yastakhiru yang bermakna memohon kebaikan daripada setiap urusan.

Dalam konteks hubungan manusia dengan Allah swt, istiharah bererti memohon kepadaNya agar setiap keputusan yang akan diambil benar-benar merupakan keputusan yang terbaik yang mengandung kemaslahatan, baik bagi diri sendiri mahupun orang lain.

Cakap mudahnya, istiharah adalah berlindung kepada Allah swt daripada keburukan setiap keputusan yang akan diambil.

Lazimnya selepas seorang Muslim menimbangkan pelbagai pilihan, dia akan memilih satu rumusan. Tetapi untuk mendapat kepastian, dia akan bersolat istikharah (dua rakaat), doa dan zikir sebagaimana ditunjuk ajar oleh Rasulullah saw. Tujuannya tidak lain hanya meminta petunjuk Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Hidup kian rumit dengan pelbagai dugaan sehingga tidak jelas apakah jalan keluar itu sebenarnya satu huraian atau lebih mengusutkan.

Ramai orang Islam yang kebingungan kerana mungkin kurang ilmu dan pengalaman atau tiada orang dapat menasihatinya.

Islam bererti juga pasrah. Jadi, istikharah dianggap satu proses pasrah untuk sentiasa meminta Allah swt akan petunjuk ke jalan lurus.


Istikharah bukan bererti kehilangan kebebasan berfikir dan bertindak, tetapi ia menunjukkan mutu keimanan seorang Muslim. Semakin sering ia beristikharah, semakin tinggi pula keyakinannya kepada pertolongan Allah swt.

Sayangnya, sikap takabur atau kesombongan manusia sering menjauhkan hatinya daripada mendapatkan petunjuk Ilahi.

Ingatlah manusia hanyalah makhluk daif yang terbatas kemampuannya untuk menilai dengan tepat.

Hati orang yang membiasakan istikharah akan senantiasa tenang dan terbuka menerima apa pun yang terjadi dengan redha.

Saturday, January 14, 2006

Ya Rabbi ......

nama Allah membahana
menyeruak dalam lorong lorong hidup
nama Allah bergemuruh
membahana seantero negeri
nama Allah disebutkan
disaat hidup, disaat mati
berkalang tanah tekat membaca
menguak cakrawala kemunafikan
air mata darah mengalir perlahan
di sudut temaram gema takbir
suatu saat kita akan bertemu
seperti saat sata perjuangan ini
yaa saat ini, perjuangan itu telah di mulai
perjuangan tanpa kompromi
dengan nama Allah aku melangkah
bersama para sahabat seperjuangan
tancapkan bendera di dunia nyata
shalat berjamaah adalah tiang nan kokoh
sabar adalah penolong
air mata darah mengalir deras
dadaku sesak bergetar hebat
Allah maha besar
langkahku tak akan pernah berhenti
untukmu Ya Rabbi
mujahid mujahid mudaku kan menyusul
derapkan langkap gemuruh
menuntut ilmu, mengaplikasikan ilmu
tekatku telah bulat
tekatku teah bulat
tekatku telah bulat
suatu saat nanti kita akan bertemu
walau dalam alam yang lain
semoga Allah merahmati kita semua
memberi kita petunjuk pada jalan yang lurus
mata hati bagai pisau
merobek robek nurani nan sangsi

Tuesday, January 10, 2006

Disebalik Aidil Adha


Di Sebalik Aidil Adha

Hari Raya Aidil Adha adalah hari untuk kita memperingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s menjalani perintah Allah s.w.t yang disebutkan di dalam surah As Saffat, ayat 102 - 103: "Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu." Ia menjawab : Hai ayahku ! kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."

Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah sehingga dengan kurnia Allah yang maha Penyayang, Allah telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Allah ismail yang juga disebutkan di dalam suarh As Saffat, ayat 106 - 107: "Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar."
Di dalam surah Al Kauthar, ayat 2 Allah telah berfirman: "Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhammu dan sembelihlah (qurban)."

Di dalam mentafsirkan ayat tersebut, Al Bajuri berkata : " Bersembahyanglah engkau itu adalah sembahyang Aid, dan sembelihlah Udhiyah (kurban), membina diatas semasyhur-masyhur qaul (pendapat) bahawa yang dimaksudkan dengan sembahyang adalah sembahyang Aid dan dengan Nahar adalah menyembelih Udhiyah." Iaitu lebih dikenali dengan nama Aidul Adha.

Hari raya Aidul Adha juga disebut Hari Raya Qurban kerana ianya mengingatkan kita kepada peristiwa perintah qurban Nabi Ibrahim ke atas anaknya Nabi Ismail dan juga dikenali dengan Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan itu umat Islam yang mampu untuk menunaikan Haji ke Baitullahil Haram.

Haji pada segi bahasa bererti menuju sesuatu tempat suci. Dari segi istilah syara', Haji bererti berziarah ke Masjidil Haram (Kaabah), melakukan wukuf di Arafah dan sa'I antara Bukit Safa dan Marwa dengan cara tertentu dalam waktu dan niat yang tertentu.

Berkumpulnya kaum muslimin dari berbagai bangsa dan bahasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat (Makkah) menjadi gambaran berkumpulnya manusia di Padang Makhsyar di akhirat kelak untuk menerima hisab bagi setiap amalan yang dilakukan di dunia.

Sumber : Cikgu.Net
Custom Search