Wednesday, November 23, 2005

Tanda - tanda kiamat kecil

Antara TANDA-TANDA KIAMAT KECIL berdasarkan hadis

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah berrsabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Bagindamenyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukanBaitulmuqaddis." - Sahih Bukhari.

2. Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknyamelakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zamanmereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahanmuka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bilahal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalelabunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya."Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengantetangga tidak baik."Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataankeji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalamtetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orangyang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggalpadanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidakmengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akandikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang b*d*h dan hina). Maka orangyang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit olehdua orang mulia" -Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecualiyang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telahdekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita danapabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialahmenggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yangdatang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernahkamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamusebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar merekatidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyakkesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - RiwayatAhmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembalimenjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

No comments:

Custom Search