Bismillahir Rahmaa Nir Raheem
Setiap Muslim wajib yakin segala yang telah dijanjikan Allah SWT di dalam kitab-Nya Al Quran kerana semua kandungannya adalah benar belaka dan Allah tidak pernah mungkir janji. Demikian juga dengan janji Rasul-Nya kerana semua ucapannya tidak pernah berdasarkan hawa nafsu tetapi semua ucapannya adalah wahyu belaka.
“Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi orang yang bertaqwa.” (mafhum QS Al Baqarah (2): 2)
“Dan tidaklah yang diucapkannya itu (Al-Quran ) menurut kemahuan nafsunya, ucapannya itu tiada lain hanya wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (mafhum QS Al Najm (53): 3 – 4)
Maka kenapa orang sakit selalu tidak sabar? Jawapannya ialah disebabkan pesakit itu kurang imannya. Kenapa imannya kurang? Kerana pesakit tidak meningkatkan ilmunya. Ilmu itu ada tiga :-
1. Ilmu tentang Allah
2. Ilmu tentang Nabi (Rasulullah saw)
3. Ilmu tentang Deen (agama)
Apabila sakit bermakna kita kena beriman dengan Taqdir Allah SWT (rukun Iman yang ke enam). Para sahabat Rasulullah saw apabila sakit mengucapkan Alhamdulillah bukan mengeluh kesah atau merungut dan sebagainya. Malahan para sahabat mengucapkan Alhamdulillah sebanyak 4 kali. Kenapa?
Sebab mereka ada ilmu di mana ucapan Alhamdulillah kerana :-1. tahu bahawa penyakit adalah penghapus kepada dosa-dosa kecil. Melupuskan dosa.2. tahu bahawa apabila Allah turunkan ujian bermakna Allah saying.3. tahu apabila sakit berpeluang untuk dapat pahala sabar jika sabar.4. tahu bahawa redha dengan musibah dunia contohnya dilahirkan cacat atau sumbing dan sebagainya dapat pahala. Tetapi sekiranya ditaqdirkan miskin walau usaha dan kemudian mencuri maka sudah mendapat musibah agama iaitu dapat dosa.
Sebab itu jadilah manusia yang berilmu. Usah putus asa cari ilmu. Kerana apabila berilmu maka manusia akan dapat membezakan antara yang betul dan yang salah. Contohnya nama jin yang taat dulu ialah Azazil. Tetapi bila disuruh tunduk pada Adam Azazil yang taat pada Allah SWT telah engkar dan sombong maka dilaknat Allah SWT. Maka Azazil menjadi Iblis yang maksudnya berputus asa dari Rahmat Allah. Iblis ini adalah ketua kepada syaitan dan mereka yang dipanggil mublisuun ialah mereka yang berputus asa dari Rahmat Allah. Namun iblis diizinkan untuk mendapat panjang umur hingga hari kiamat dan menggoda manusia.
Oleh itu jadilah manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. Golongan yang berjaya ialah golongan yang tidak rugi. Ini bertepatan dengan maksud Surah Wal Asr yang mengatakan bahawa semua manusia dalam kerugian kecuali empat ini :-
1. orang beriman
2. orang yang beramal soleh
3. orang yang ingat mengingati pada kebenaran
4. orang yang ingat mengingati pada kesabaran
Jadi bila bersabar maksudnya:-
1. sabar dalam melaksanakan suruhan Allah
2. sabar dalam menjauhi larangan Allah
3. sabar terhadap cobaan yang telah ditaqdirkan oleh Allah
Sebagai wanita, kita hendaklah banyak bersabar terutama terhadap karenah suami. Asiah isteri Fir’aun adalah contoh yang amat baik dalam bab bersabar dengan sikap suami. Asiah yang sudah beriman kepada Allah sering berdoa agar dibina sebuah mahligai di dalam syurga untuk dirinya. Jadi apabila Fir’aun menyiksanya dengan mengikat dan dipukul dan disebat, Asiah tidak menangis malahan ketawa dan senyum silih berganti. Ini menghairankan Fir’aun. Rupanya Allah izin ketika Asiah di siksa Allah telah hamparkan mahligai di hadapan pandangan Asiah sebab itulah semakin disiksa semakin beliau ketawa dan senyum kerana Allah berjanji tempat yang lebih baik untuknya di akhirat kelak.
Sebab itu kita hendaklah sabar bila menghadapi ego suami. Asiah tidak menjerit meminta cerai dan sebagainya malahan bersabar kerana Allah tidak akan mungkir janji sekiranya kita beriman sepenohnya kepada-Nya.
Sebab itu apabila Rasulullah saw di angkat ke langit untuk melihat kerajaan langit Allah azza wajallah beliau telah bersabda sekembalinya dari Isra’ Mi’raj itu dengan kata-kata wasiat yang amat hebat sekali.
“Sekiranya kamu ketahui apa yang aku tahu sudah tentu kamu tidak akan banyak ketawa”. Kita semua tahu dan pernah baca apa yang dilihatnya sepanjang perjalanan Isra’ Mi’raj itukan. Sebab itu kita hendaklah batasi enjoy dan banyak ketawa. Bukan tidak boleh tetapi hendaklah berpada-pada dengan keikhlasan kita dalam bergembira. Janganlah sampai seronok sehingga langgar batas syarak dan sebagainya."
Marilah kembali kepada Al Quran yang ‘all in one’ – segala-galanya ada. Dan juga kita carilah ilmu Hadis dari Rasulullah saw agar kita tidak menjadi orang sesat tanpa ilmu. Sebab itu seringkali orang yang berpendidikan tinggi tetapi ilmu agama tidak mantap maka mereka boleh bercakap yang tidak sopan. Kerana akhlak itu ada kaitan dengan keimanan seseorang. Semakin tinggi akhlak maka semakin meningkatlah keimanan seseorang itu. Walau pun orang kafir itu nampak baik akhlaknya tetapi pada prinsipnya mereka adalah syirik kepada Allah SWT. Dan orang Islam walau tidak mantap imannya ada Tauhid kepada Allah.
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya” (mafhum QS At Talaaq (65): 2 – 3).
Apakah itu taqwa? Menurut Abdullah bin Abbas ra: Allah hendaklah ditaati, jangan Dia dimaksiati; Allah hendaklah diingati jangan Dia dilupai; Allah hendaklah disyukuri jangan Dia dikufuri.
Wassalamu’alaikum wrt wbt.
Sunday, April 23, 2006
Monday, April 17, 2006
Wajib Sholat Lima Waktu
Wajib Sholat Lima Waktu
Sebutan perihal wajib sholat lima waktu.
Sabda Nabi Sallollohu 'Alaihi Wasallam :
"Ash-sholatu 'imaa dud-dini faman aqomaha faqod aqomad-dina waman tarokaha faqod hadamad-dina".
Ertinya :
Bermula bahawasanya sholat lima waktu itu tiang agama, maka barang siapa mendirikan sholat maka sesungguhnya ia mendirikan agama, maka siapa yang meninggalkan sholat maka sesungguhnya ia telah merobohkan agamanya.
Dan Sabda Nabi Sallollohu 'Alaihi Wasallam :
"Man tarokash-sholata 'andan faqod kafaro jiharon".
Ertinya :
Barang siapa meninggalkan sholat dengan sengaja maka kafirlah ia dengan nyata.
Dan Sabda Nabi Sallollohu 'Alaihi Wasallam :
"Awwalu maa yuhasabu bihil 'abdu yaumal kiyamati min 'amalihi sholatuhu fain sholuhat faqod aflaha wa anjaha wa in naqosot faqod khoba wakhosiro".
Ertinya :
Mula-mula diperiksa akan amal-amal si hamba di hari qiyamat itu sholatnya, maka jika sholatnya itu sempurna maka telah beruntunglah ia dengan diterimanya dengan lain-lain amalnya pula, Jika sholatnya kurang maka sesungguhnya rugilah ia dan sia-sialah lain-lain amalnya adanya.
Dan Sabda Nabi Sallollohu 'Alaihi Wasallam :
"Man hafadzo 'alash-sholati akromahullohu ta'ala bihomsati khi sholin yarfa'u 'anhu dhoiqul ma'isyati wa'azabul qobri wayu'thihillahu ta'ala kitabuhu biyaminihi wayamurru 'alash-shiroti kalbarqi wayadkhulul jannata bighoiri hisab".
Ertinya :
Barang siapa memelihara sholat lima waktu maka dimuliakan oleh Alloh Ta'ala dengan lima perkara : pertama dijauhkan daripada kesempitan rezekinya, kedua ia tiada kena siksa kubur, ketiga dihari qiyamat diberi kitab segala amalnya ditangan kanan, keempat jalan di atas shirhotol (jembatan) seperti kilat, kelima masuk syurga tiada dengan hisab.
Dan Sabda Nabi Sallollohu 'Alaihi Wasallam :
"Waman tahawana bish-sholati 'aqobahullohu ta'ala bikhomsa 'asyrota 'uqubatan khomsun fid-dun-ya wasalasatun 'indal mauti, wasalasatun fi qobrihi, wasalasatun 'inda khurujihi minal qobri".
Ertinya :
Barang siapa meninggalkan sholat dengan tiada uzur maka akan dibalas akan dia dengan lima belas siksaan, bermula lima daripada itu didalam dunia dan yang tiga ketika ia lagi mati, dan yang tiga didalam kuburnya, dan yang tiga diwaktu bangkit dari kuburnya.
Makna hadist ini hingga akhir :
Adapun lima rupa siksa yang didalam dunia adalah :
1.. Hilang berkah pada umurnya.
2.. Dihilangkan tanda-tanda orang soleh dari mukanya.
3.. Tiap-tiap amalnya yang soleh tiada keterima.
4.. Tiada dikabulkan do'anya,
5.. Tiada dapat bagian do'a orang yang soleh.
Adapun yang tiga dari siksa itu ketika ia hendak mati maka adalah :
1.. Ia mati hina.
2.. Mati dengan terlalu lapar.
3.. Mati dengan terlalu dahaga sekalipun diberi minum sekalian air didunia ini maka tiada akan menghilangkan dahaganya.
Adapun siksa yang didalam kuburnya adalah :
1.. Ia dijepit oleh kuburnya hingga bersalah-salahan tulang iganya/rangkanya.
2.. Dinyalakan api didalam kuburnya sehingga ia berbalik-balik didalam kubur diatas bara api siang dan malam.
3.. Ia disiksa pula oleh malaikat syaja'il aqro', dimana dua mata malaikat itu dari api dan segala kuku-kuku dari besi yang menyala, suaranya seperti halilintar, dan ia berkata : "aku diperintah akan memukul engkau, engkau hilangkan sholat shubuh sampai terbit matahari, engkau hilangkan sholat zhuhur sampai waktu asar, engkau hilangkan sholat ashar sampai waktu maghrib, engkau hilangkan waktu maghrib sampai waktu isya, dan engkau hilangkan sholat isya sampai waktu fajar" lalu ia Memukul, tiap-tiap sekali pukulan terpendamlah orang itu kedalam bumi tujuh puluh hasta dan disiksa ia sampai hari qiyamat.
Adapun siksa waktu bangkit kubur adalah :
1.. Ia sangat mendapat hisab.
2.. Mendapat murka Alloh.
3.. Ia dimasukkan kedalam neraka.
Maka lihatlah dan dengarlah wahai anakku akan nasihatku ini bagaimana halnya orang yang menta'khirkan sholat sampai luput waktunya, sangat begitu keras siksanya.
Apalagi orang yang meninggalkan sholat, sementara sholat dan sementara tidak sholat dengan tiada uzur, maka bagaimana lagi siksaannya dan bagaimana pula halnya, maka biarlah engkau takut sungguh-sungguh jua adanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Custom Search