Monday, May 01, 2006

Bid'ah Menurut Syaikh Ali Tanthawii

Soalan: Banyak sekali orang berbincang mengenai bid'ah. Ada sebahagian membahagikan kpd bid'ah hasanah dan bid'ah yang jelik. Manakala ada sebahagian yg lain menganggap semua bid'ah adalah sesat. Apa pandangan ustaz?

alJawab:

1. Definasi: Bid'ah menurut bahasa ialah 'mendatangkan sesuatu ygbaru', manakala menurut istilah ibadah ialah sesuatu yang baru yang belum pernah terjadi di zaman RasuluLlah saw.

2. Bid'ah boleh berlaku dlm urusan dunia dan akhirat.

3. Beragama itu ittiba' (mengikut) bukan mencipta. Maksud ittiba'ialah mengikut apa yang tertuang dalam AQ dan asSunnah atau hasilistimbath para ulama dari keduanya (AQ dan Sunnah)

4. Urusan dunia, semuanya adalah mubah (harus). Sesiapa yangmengharamkan salah satu urusan dunia hendaklah mengemukakan hujah, manakala orang yg melakukan apa jua urusan dunia tidak dituntut mengemukakan hujah tentang keharusannya kerana hukum asalnya memang mubah.

5. Bid'ah dalam urusan agama, hukum asalnya adalah terlarang. Jika seseorang mencipta sesuatu urusan agama hendaklah mendatangkan dalil akan keharusannya.

6. Urusan agama telah sempurna." Hari ini Aku telah sempurnakan agamamu." AQT 5: 03Pada Haji Widaa' Nabi SAW telah meminta persaksian manusia dan mereka membenarkan akan kesempurnaan risalah. Maka b/siapa beranggapan ada lagi bentuk2 ibadah yang baru telahsebenarnya menuduh Nabi telah cacat dalam tablighnya.

7. Menjawab kekeliruan ungkapan Umar tentang bid'ah solat tarawih berjamaah:Bid'ah dalam urusan agama mencakup dua aspek: tujuan (objektif) dan alat. Tujuan ibadah/syariat, tidak boleh ada bid'ah sama sekali, manakala alat yang menyampaikan kepada tujuan ibadah, maka tidak ada bid'ah.

Contoh: Qiyammullail adalah objektif syari'at. manakala tarawih adalah alat atau salah satu bentuk qiyamullail. Bahkan tarawih berjama'ah ada dasarnya dalam Islam kerana Nabi saw pernah melakukannya dan dihentikan kerana khuatir ia dianggap wajib.

Maka datanglah kaedah syara': Jika suatu penghalang telah lenyap, maka yang terlarang dibolehkan kembali."

Maksudnya: penghalang tarawih berjama'ah ialah khuatir ia akan menjadi wajib. Bila kekhuatiran itu sudah lenyap dengan wafatnya Nabi saw, maka tarawih berjama'ah itu dibolehkan dan bukan bid'ah.

8. Menjawab kekeliruan ujudnya pembahagian bid'ah hasanah dan bid'ah dhalalah.

Pembahagian adanya bid'ah yang baik dan jelik adalah benar jikaditerapkan dalam urusan keduniaan atau urusan ibadah yang berbentuk alat (untuk mencapai suatu tujuan syara').

Contoh:tujuan syari'at ialah mencapai, mengukuhkan ilmu pengetahuan.

alatnya: menghimpun musyhaf, membuka sekolah, penulisan kitab-kitab,..dll, Ini semua adalah alat2/metod utk mencapai ilmu pengetahuan yang dituntut agama, maka ia bukan bid'ah.

Aku syorkan dua kitab yg menjelaskan bid'ah dgn sebaiknya:

1. kitab era klasik ialah karya asySyatibi yg berjodol al-I'tishom
2. Kitab era kontemporer ialah alIbda' fii Mudharil Ibtidaa' karya syaikh al-Azhar, Syaikh Ali Mahfuudz.

(fatawa ali tanthawi, editor mujahid makmun diraniyah, Darul Minaret, Jeddah KSA)

No comments:

Custom Search